Fantasia Barrino
Fantasia Barrino

Fantasia Barrino

Fantasia Monique Barrino (lahir 30 Jun 1984), juga dikenali dengan mononim mononim Fantasia, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarang Amerika Syarikat. Beliau meraih kemasyhuran apabila dinobatkan sebagai pemenang musim ketiga siri TV realiti, American Idol pada 2004. Beliau melancarkan single sulungnya, "I Believe", yang menduduki tempat pertama di Billboard Hot 100. Beliau seterusnya melancarkan album sulungnya, Free Yourself, yang menerima pensijilan Platinum oleh RIAA dan melayakkan Barrino menerima pencalonan Grammy pada 2006.[1] Pada tahun 2012, VH1 menyenaraikan beliau dalam senarai 100 Greatest Women in Music.[2][3][4] Barrino telah menerima jolokan "Baby Patti LaBelle" oleh idolanya, Patti LaBelle.[5]